Lokasi Pengunjung Blog ini

Sunday, February 8, 2009

Wajah Gorilla di atas Gunung Kinabalu

Semua orang tahu bahawa Gunung Kinabalu adalah gunung yang tertinggi di asia tenggara iaitu 4095 meter atau 13,435 kaki dari bawa paras laut. Gunung ini juga dipercayai masih bertambah ketinggian nya iaitu 5 mm atau 1/4 inci se tahun. Pada masa dahulu masyarakat Dusun percaya bahawa Gunung Kinabalu adalah tempat bersemadi bagi roh nenek moyang mereka. Sehingga kehari ini bobolian Dusun masih lagi mengadakan upacara mosubak (pemujaan) di kaki gunung setiap tahun.













Gambar atas:
Gunung Kinabalu dengan ketinggian 4095 meter atau 13,435 kaki dari bawa paras laut.

Sedikit masa dahulu ketika saya dan keluarga pergi bercuti ke kundasang, saya telah merakamkan video ke arah Gunung Kinabalu dari tempat penginapan (perkasa Hotel) pada sebelah pagi. Ketika asyik mengambil video ke arah puncak, saya terlihat satu objek yang mendorong saya untuk membuat pemerhatian dengan lebih dekat. Setelah menekan butang Zoom, baru lah objek tersebut kelihatan jelas. Ternyata objek itu benar-benar menyerupai kepala gorilla. Lihat Gambar dibawah dan gambar seterusnya.















Gambar atas yang dibulatkan adalah objek yang menarik perhatian saya.















Ini pula gambar yang diambil dengan menggunakan zooming.
















Objek selepas diambil lebih dekat memperlihatkan kepala Gorilla dengan lebih jelas.















Yang ini diambil dari posisi yang berlainan.

Objek ini hanya boleh dilihat dari arah Perkasa Hotel pada waktu pagi, bergantung kepada keadaan cuaca dan arah sinaran matahari. Jika anda bernasib baik, anda boleh melihat nya dengan menggunakan kemera atau Video dan mempunyai zoom yang tinggi.

Tuesday, February 3, 2009

Wow… buah apakah ini?


Ahad lalu, saya berkunjung ke tamu Gaya Street Kota Kinabalu dan selalunya perhatian saya akan tertumpu pada gerai jualan kraftangan, hard ware, sayuran kampung, Haiwan peliharaan dan benih atau bibit buah-buahan. Ketika berada di gerai benih/bibit buah-buahan, saya terpaku seketika apabila melihat photo yang diletak dibawah bibit pokok limau dimana photo tersebut sama seperti yang pernah saya lihat melalui email yang dikatakan buah aneh.

Perasaan ingin tahu telah mendorong saya untuk bertanya dengan empunya gerai. Menurut tauke gerai, ia adalah sejenis limau yang dikenali di China sebagai Buddha's Hand citron (limau tangan buddah) dan kaya dengan khasiat untuk perubatan. Sekembali di rumah, saya cuba mencari di internet dan menemui berbagai maklumat yang berguna mengenai buah ini.



Buddha's Hand, Buddha's Hand citron, atau Fingered citron (Citrus medica var. sarcodactylus) sebenarnya telah dikenali berabad melalui Asia. Menurut Julia F. Morton, penulis buku Fruits of Warm Climates, buah ini dikenali dengan nama fu shou di China, bushukon di Japan, limau jari, jeruk tangan dan limau kerat lingtang di Malaysia, djerook tangan di Indonesia, som-mu di Thailand dan ph√Ęt thu di Vietnam. Dalam bahasa English, ia lebih dikenali sebagai Buddha's Hand.

Limau ini mempunyai aroma lemon yang tinggi, sesuai untuk dijadikan perisa makanan, minuman malah untuk dijadikan perfume. Di negara Jepun dan China, buah ini sering digantung di dalam rumah sebagai haruman semulajadi. Di kuil, Ianya diguna sebagai persembahan di atas altar.



Hangar One Vodka "Buddha's Hand" Citron 750ml

Ini adalah produk yang diperbuat daripada “Buddha's Hand” mempunyai aroma yang terbaik. Di china ianya digantung atau diletak dirumah sebagai pewangi.


8 February 2009, Ahad.

Kembali lagi disini untuk update berkenaan topik diatas.

Kali ini saya ingin kongsikan photo buah dan bibit Buddha's Hand citron yang saya perolehi di tamu Gaya Street pagi tadi. Buah dalam photo dibawah ini adalah sample yang saya ambil menggunakan kamera hand phone. Ia kelihatan agak berlainan daripada photo yang ada di atas dimana jejari nya agak tersorok ke bahagian dalam. Walau bagaimana pun, mengikut tokey yang menjual nya, buah ini agak terbantut disebabkan pokok Buddha's Hand citron itu masih berada didalam bayung.






Harga satu bayung Buddha's Hand citron di Gaya Street adalah RM20.00 bagi pokok yang belum berbuah manakala pokok yang sedang berbuah pula agak mahal iaitu hampir mencecah RM50.00 mengikut saiz pokok. Buat masa ini, Buddha's Hand citron belum lagi dikenali ramai di negeri Sabah. Mungkin suatu hari nanti ia akan diminati ramai selepas mengetahui keistimewaan buah Buddha's Hand citron .