Ahad lalu, saya berkunjung ke tamu Gaya Street Kota Kinabalu dan selalunya perhatian saya akan tertumpu pada gerai jualan kraftangan, hard ware, sayuran kampung, Haiwan peliharaan dan benih atau bibit buah-buahan. Ketika berada di gerai benih/bibit buah-buahan, saya terpaku seketika apabila melihat photo yang diletak dibawah bibit pokok limau dimana photo tersebut sama seperti yang pernah saya lihat melalui email yang dikatakan buah aneh.
Perasaan ingin tahu telah mendorong saya untuk bertanya dengan empunya gerai. Menurut tauke gerai, ia adalah sejenis limau yang dikenali di China sebagai Buddha's Hand citron (limau tangan buddah) dan kaya dengan khasiat untuk perubatan. Sekembali di rumah, saya cuba mencari di internet dan menemui berbagai maklumat yang berguna mengenai buah ini.
Buddha's Hand, Buddha's Hand citron, atau Fingered citron (Citrus medica var. sarcodactylus) sebenarnya telah dikenali berabad melalui Asia. Menurut Julia F. Morton, penulis buku Fruits of Warm Climates, buah ini dikenali dengan nama fu shou di China, bushukon di Japan, limau jari, jeruk tangan dan limau kerat lingtang di Malaysia, djerook tangan di Indonesia, som-mu di Thailand dan phât thu di Vietnam. Dalam bahasa English, ia lebih dikenali sebagai Buddha's Hand.
Limau ini mempunyai aroma lemon yang tinggi, sesuai untuk dijadikan perisa makanan, minuman malah untuk dijadikan perfume. Di negara Jepun dan China, buah ini sering digantung di dalam rumah sebagai haruman semulajadi. Di kuil, Ianya diguna sebagai persembahan di atas altar.
Limau ini mempunyai aroma lemon yang tinggi, sesuai untuk dijadikan perisa makanan, minuman malah untuk dijadikan perfume. Di negara Jepun dan China, buah ini sering digantung di dalam rumah sebagai haruman semulajadi. Di kuil, Ianya diguna sebagai persembahan di atas altar.
Hangar One Vodka "Buddha's Hand" Citron 750ml
Ini adalah produk yang diperbuat daripada “Buddha's Hand” mempunyai aroma yang terbaik. Di china ianya digantung atau diletak dirumah sebagai pewangi.
Ini adalah produk yang diperbuat daripada “Buddha's Hand” mempunyai aroma yang terbaik. Di china ianya digantung atau diletak dirumah sebagai pewangi.
8 February 2009, Ahad.
Kembali lagi disini untuk update berkenaan topik diatas.
Kali ini saya ingin kongsikan photo buah dan bibit Buddha's Hand citron yang saya perolehi di tamu Gaya Street pagi tadi. Buah dalam photo dibawah ini adalah sample yang saya ambil menggunakan kamera hand phone. Ia kelihatan agak berlainan daripada photo yang ada di atas dimana jejari nya agak tersorok ke bahagian dalam. Walau bagaimana pun, mengikut tokey yang menjual nya, buah ini agak terbantut disebabkan pokok Buddha's Hand citron itu masih berada didalam bayung.
Harga satu bayung Buddha's Hand citron di Gaya Street adalah RM20.00 bagi pokok yang belum berbuah manakala pokok yang sedang berbuah pula agak mahal iaitu hampir mencecah RM50.00 mengikut saiz pokok. Buat masa ini, Buddha's Hand citron belum lagi dikenali ramai di negeri Sabah. Mungkin suatu hari nanti ia akan diminati ramai selepas mengetahui keistimewaan buah Buddha's Hand citron .
Di Aceh Tenggara NAD namanya Jeruk Kuku Rimau atau Kuku harimau karena bentuknya yg seperti kuku. Fungsinya sama disini juga sebagai ramuan obat tradisional.
ReplyDeletewww.marinabung.blogspot.com
Brpa harga untuk menjual jeruk tsb?
DeleteBg joko di kampung abg adak jeruk purut(boh krut)....aku penjual buah jeruk purut..
ReplyDeleteKlo ada bg bs kita buat hubungan kerja bang...085262299300
macamana nak jual ye..ada tanam buah ni..tapi xtau nak buat mcana..bnyak buah tapi terbuang camtu je
ReplyDeleteAssalammualaikum..ingin bertanya masih ade lg buah yer kalau saya nak beli.kalo betol nak jual saya beli..wsapp saya 01164118096
ReplyDelete