Lokasi Pengunjung Blog ini

Wednesday, April 22, 2009

Maid abuse child

Bagi ibu bapa yang bekerja sepenuh masa, sudah tentu mengharapkan agar pembantu rumah dapat menjaga anak anak dengan baik. Walau bagaimana pun tidak semua pembantu rumah dapat memberi khidmat seperti yang diharapkan. Kesilapan dan kesalahan kecil yang mereka lakukan mungkin boleh dimaafkan tetapi bagaimana pula jika kesalahan yang dilakukan itu sampai ke tahap yang membawa kecederaan anak kesayangan kita seperti yang dipaparkan dalam klip video dibawah. Kes ini telah berlaku di Singapore.





Maid abuse child -Singapore

Andaikan sikecil yang diperlakukan seperti bola itu adalah anak anda, apa yang anda lakukan terhadap pembantu ini? Apakah anda memaafkan dan melepaskan begitu sahaja? Layak kah mereka digelar manusia sedangkan perilakunya tak ubah seperti binatang buas?

Kepada mereka yang ingin menggaji pembantu rumah, kena berhati hati ketika memilih. Beri tempoh percubaan secukupnya , pantau prestasi kerja dan kelakuan sebelum menggaji dan menyerahkan tanggungjawab penjagaan anak sepenuhnya. Jangan sampai kejadian seperti diatas berlaku kepada anak anda. Saya percaya tidak semuah pembantu bersikap demikian kerana masih ramai juga yang baik dan penyayang terhadap kanak kanak.

Kita juga pernah mendengar kejadian majikan mendera pembantu seperti yang heboh diperkatakan baru baru ini. Bagi saya, majikan ini juga tak ubah seperti pembantu di atas. Apa penyebab sebenarnya yang mendorong mereka bertindak sedemikian rupa? Mungkin kah kerana stress, pengalaman masa lampau, mental yang tidak waras. Apakah perkara ini juga ada hubung kait dengan agen yang hanya tahu mencari untung dan mengabaikan quality pembantu yang mereka bekalkan. Bagaimana pula di pehak berwajib yang meluluskan lessen agen agen yang berkenaan?

Bagaimana pendapat anda?

3 comments:

  1. Majikan jadi harimau,Pembantu jadi singa dengan kata lain sama-sama jadi binatang buas. Kalau kedua-duanya bertembung tak apalah juga biar berbuas-buas kedua-duanya. Apa yang menjadi masalahnya apa bila satu pihak saja yang membuas maka adalah jadi mangsa kebuasan. Kenapa keadaan ini berlaku?

    Bagi Ocoi keadaan ini berlaku mungkin banyak penyebabnya, namun ocoi suka melihat kepada dua perkara sahaja, iaitu tekanan dan sifat kebiasaan seseorang individu itu,

    Bila berada dalam tekanan seseorang akan hilang pertimbangan dalam tindakanya, ia juga cenderung melepaskan rasanya kepada apa atau siapa sahaja yang berada di depannya. Adakalanya selepas ia melakukan semua itu baru ia tersedar semula akan impaknya tindakan yang ia lakukan. Tekanan sebenarnya akan menyerang setiap insan, terpulang kepada kemampuan dan kebijakkan seseorang itu mengurus tekanan itu.

    Sikap/sifat ganas yang sudah menjadi kebiasaan bagi sesetengah insan juga menjadi punca berlakunya tindakan2 di luar tabaai insan. Sikap panas baran yang tidak terkawal adalah sikap yang amat buruk padahnya.

    Sebab itu bagi ocoi, ocoi amat sukar mempercayai seseorang pembantu apa lagi yang di bawa oleh agen2 pembantu. Lebih baik tak berpembantu daripada mendapat pembantu yang bertopengkan manusia. Dan satu hal ocoi tidak pernah percaya kepada tenaga dari luar.

    ReplyDelete
  2. Bagi ibu bapa dan anak-anak yang menjadi mangsa dalam klip video ini, ia akan menjadi satu igauan ngeri yang sukar dilupakan sepanjang hayat.

    Kejadian seumpama ini sering dilakukan oleh pengasuh ataupun pembantu-pembantu rumah warga asing apabila mendapat peluang pekerjaan di Malaysia. Cuma jika ada 100 kejadian, belum tentu ada 1 pun yang dilaporkan. Sebabnya? Kerana si majikan mungkin tidak mengetahuinya. Jika ada kecederaan, pembantu rumah warga asing selalunya memberi pelbagai alasan seperti terjatuh tanpa sengaja, bergaduh dengan abang atau adiknya, digigit semut atau nyamuklah... dan macam-macam alasan lagi. Secara logiknya, alasan-alasan ini memang boleh diterima juga. Maka akhirnya majikan atau ibu bapa akan jadi teragak-agak untuk mengambil tindakan selanjutnya.

    Bagi ibu/bapa yang berkemampuan, bolehlah melengkapkan setiap sudut rumahnya dengan kemampuan CCTV. Biasanya harga pemasangan alat ini di negara kita mencecah ribuan ringgit. Bagi ibu bapa golongan sederhana, mana mampu memilikinya! Kecualilah - kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang akan mewajibkan setiap majikan perlu memasang CCTV di rumah mereka jika mahu mengambil pengasuh warga asing. Nemun, ini tidak mungkin akan berlaku kerana akan ada kumpulan manusia yang kononnya memperjuangkan hak asasi manusia bangkit membantah sekeras-kerasnya. Lagi pula, pengambilan pembantu rumah warga asing secara tidak sah akan semakin menjadi-jadi pula bilangannya nanti.Susah juga....

    Pada dasarnya, cadangan kerajaan memperkenalkan sistem pengesanan dan bank bio-metrik bagi memudahkan kawalan keluar-masuk warga asing ke negara ini memang sesuatu yang praktikal, malah memang telah sampai masa dan ketikanya. Namun malangnya, sehingga kini khabar dari sesi parlimen yang lalu itu seolah-olah berlalu dan lesap begitu sahaja. Ataupun ada pelaksaannya... tetapi sangat perlahan.

    Jika langkah ini dapat dimuktamadkan serta-merta, maka saya yakin kecenderungan pembantu rumah warga asing untuk bertindak secara kejam dan melulu terhadap anak-anak majikannya akan dapat diatasi. Bagaimana? Mana-mana pembantu rumah warga asing yang pernah terlibat dengan kes penderaan akan dihalau serta tidak akan dibenarkan lagi memasuki semula negara ini berdasarkan rekod bio-metrik yang ada. Sebelum ini, walaupun telah di"blacklisted"kan oleh pihak Imigresen, namun mereka masih begitu mudah memasuki semula negara ini dengan cara yang paling mudah... iaitu dengan menukar identiti asal pada pasport mereka seperti nama, tarikh lahir, suku dan banyak lagi.
    JUGA SEMUANYA MENJADI PEMUDAH KERANA FAKTOR RASUAH!

    ReplyDelete
  3. Betul tu Ocoi. Tidak dinafikan bahawa tekanan boleh mengakibatkan seseorang itu bertindak diluar batasan. Jika ditambah dengan sikap panas baran, sudah tentu berlaku sesuatu yang tidak diduga. Syukur juga lah pembantu rumah saya tidak begitu.

    MS, Pelaksanaan kad biometric memang cara terbaik untuk mencegah kemasukan semula pekerja asing yang pernah melakukan jenayah. Tetapi sehingga hari ini nampaknya perkara ini tinggal omongan kosong yang tidak berkesudahan. Kegagalan pelaksanaan mungkin juga disebabkan oleh birokrasi pehak tertentu yang berkepentingan. Portfolio pemimpin pun sudah bertukar dan apa yang dicanangkan besar kemungkinan akan terkubur begitu sahaja.

    ReplyDelete